Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS lancar Kempen Penghijauan Sarawak Peringkat Daerah Kabong
diterbitkan pada 06 November 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah melancarkan 'Greening Sarawak Campaign' Peringkat Daerah Kabong di Pusat Penjaja Kabong pada 6 November 2022. Majlis perasmian kempen ini disempurnakan oleh ADUN Kabong, YB Mohamad Chee Kadir.

Program ini merupakan tindakan susulan JHS kepada soalan dan jawapan lisan antara ADUN Kabong dengan Timbalan Premier, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 Tahun 2022.

Awang Tengah juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (II) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak.

Sebanyak 700 pokok bakau daripada spesies bakau kurap (Rhizophora mucronata) telah ditanam dalam tempoh seminggu sehingga 6 November. Selain itu, JHS juga mengadakan kempen kesedaran serta promosi 'Greening Sarawak Campaign' dan Program Penghijauan Malaysia bersama komuniti Kabong pada hari tersebut.

Turut hadir, Mohamad Rashdan Hazemi, Pegawai Daerah Kabong; Zarina Shebli, Penolong Pengarah Hutan Bahagian Restorasi dan Hutan Industri JHS; Roslan Othman, Pegawai Hutan Wilayah Sri Aman; wakil agensi-agensi kerajaan Daerah Kabong serta kakitangan JHS.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my