Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS anjur program penghijauan, CEPA di SMK Kabong
diterbitkan pada 04 November 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menganjurkan program penanaman pokok dan aktiviti komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) serta di SMK Kabong pada 4 November 2022 lalu.

Program yang disempurnakan oleh ADUN Kabong, YB Mohamad Chee Kadir tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan para pelajar serta penduduk setempat.

Sebanyak 175 pokok asli tempatan pelbagai spesies termasuk belian (Eusideroxylon zwageri), meranti (Shorea spp.), bintangor putih (Calophyllum lowei), resak air (Vatica rynchocarpa), luis kerangas (Hopea micrantha), keranji madu (Dialium indum) serta tampar hantu (Sindora leiocarpa) berjaya ditanam di sekitar perkarangan SMK Kabong.

Mohamad Chee menyatakan hasrat agar banyak lagi program seperti 'Greening Sarawak Campaign' dan Penghijauan Malaysia boleh diadakan di Daerah Kabong. Beliau yang mewakili penduduk Daerah Kabong amat menyokong peranan JHS dalam aktiviti pemeliharaan sumber khazanah hutan dan berterima kasih kepada JHS kerana menjayakan program "Greening Sarawak Campaign" di SMK Kabong.

Program tersebut melibatkan 220 peserta. Turut hadir, Roslan Othman, Pegawai Hutan Wilayah Sri Aman; Iman Joni, Pengetua SMK Kabong; para pengajar serta kakitangan JHS yang lain.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my