Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

TNG eWallet, YHM lancar kempen Mission GreenPossible
diterbitkan pada 26 October 2022

Kumpulan Touch 'n Go (TNG) melalui TNG eWallet bersama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah melancarkan kempen Mission GreenPossible: 100 Million Trees by 2025 bagi mengajak rakyat Malaysia turut sama dalam inisiatif penanaman lebih banyak pokok ke arah pemuliharaan alam semula jadi.

Inisiatif ini juga merupakan usaha untuk menyokong agenda nasional di bawah Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang mensasarkan penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Dato' Indera Mohd Ridza Awang; Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni dan KPE YHM, Amin Abdullah di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2022.

Di bawah inisiatif ini, Kumpulan Touch 'n Go menyediakan platform melalui aplikasi TNT eWallet bagi membolehkan syarikat korporat dan orang awam memberi sumbangan secara terus kepada YHM untuk penanaman pokok.

Setiap derma yang diterima akan menyumbang ke arah pertumbuhan pokok maya yang boleh dilihat di 'microsite' kempen melalui aplikasi atau web. Apabila pertumbuhan pokok maya mencapai 100%, sekumpulan pokok sebenar akan ditanam oleh YHM.

Badan-badan korporat dan individu yang menderma melalui aplikasi ini layak mendapat pengecualian cukai berjumlah 10% daripada pendapatan tahunan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui TNG eWallet atau layari https://payment.tngdigital.com.my/sc/bDLnBwkdkQ dan dapatkan maklumat lanjut melalui https://www.touchngo.com.my/csr/mission-green-possible/

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my