Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

TM, YHM, MMU tanam 120 pokok di Cyberjaya
diterbitkan pada 18 October 2022

Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Universiti Multimedia (MMU) telah menanam 120 pokok nadir bagi Program Kelestarian Hari Esok TM: Kempen Penanaman Pokok Sempena Penghijauan Malaysia di MMU Kampus Cyberjaya pada 18 Oktober 2022.

Antara pokok yang ditanam ialah durian belanda (Annona muricata), ciku (Manilkara zapota), cermai (Phyllanthus acidus), bidara (Ziziphus mauritiana), belimbing madu (Averrhoa carambola) dan jambu batu (Psidium guajava).

Program ini turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud; Ketua Pegawai Risiko Kumpulan TM, Mohamad Mohamad Zain; Naib Presiden Pusat Operasi Rangkaian Nasional, Ir. Jayaprakash a/l Jayaraman dan Ketua Bahagian Pengurusan Projek YHM, Dr. Rafidah Rashid.

Mazliham dalam ucapannya berkata MMU amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak TM dan YHM dalam inisiatif penghijauan negara ini.

Katanya inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat dan pihak kerajaan dalam mencapai sasaran usaha kelestarian, tetapi juga mampu memberi impak dan inspirasi kepada pelajar dan masyarakat untuk sentiasa aktif, terutamanya dalam memulihara dan memelihara alam sekitar.

Program Kelestarian Hari Esok TM: Kempen Penanaman Pokok Sempena Penghijauan Malaysia telah dilancarkan pada 16 Julai lalu di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong dengan penanaman 100 pokok hutan.

Di bawah inisiatif ini, pihak TM akan menanam 5,120 pokok dengan kolaborasi YHM bagi menyokong pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Ini termasuklah 120 pokok nadir yang ditanam di MMU Kampus Cyberjaya.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my