Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

AHR tanam 1,888 pokok sempena pembukaan VPD
diterbitkan pada 01 October 2022

Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd (AHR) telah berjaya melengkapkan penanaman 1,888 pokok landskap dan renek dengan penanaman akhir lima (5) pokok Happiness tree (Garcinia subelliptica) bersempena pembukaan Villea Port Dickson (VPD) milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 1 Oktober 2022.

Majlis penanaman pokok di VPD tersebut dihadiri Ketua Pegawai Pelaburan, Pelaburan Swasta dan Strategik PNB, Rizal Rickman; Ketua Hartanah Kumpulan PNB, Mohamad Idros Mosin; Ketua Pegawai Operasi AHR, Ron Hasni Yusoff; Ketua Hal Ehwal Korporat PNB, Nimmi Kamal dan Ketua Bahagian Pengurusan Projek Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Dr. Rafidah Abd Rashid.

Bahagian Kelestarian PNB telah menaja sejumlah RM100,000 kepada YHM bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan kerja-kerja penanaman di VPD dimulakan sejak Jun lalu.

Dalam usaha memperindah dan melindungi alam sekitar, projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) PNB untuk mengintegrasikan isu ESG dengan lebih sistematik dalam pelaburan dan operasinya.

Menurut Ron Hasni, penanaman lebih banyak pokok bukan sahaja mengindahkan suasana tetapi juga membantu dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Sementara itu, Nimmi berkata kempen penanaman pokok ini akan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan kawasan hijau dan hutan bagi menambahbaik ekosistem serta biodiversiti negara.

Pokok landskap yang ditanam terdiri daripada rainbow eucalyptus (Eucalyptus deglupta); ketapang (Terminalia catappa), susun kelapa (Tabernaemontana divaricata), rhu (Casuarina equisetifolia), benjo fig (Ficus lyrata), bottle brush (Melaleuca viminalis), dwarf umbrella (Schefflera arboricola) dan Chinese fringe flower (Loropetalum chinense).

Semua pokok yang ditanam akan diselenggara dan dipantau oleh YHM sehingga Jun 2023 sebelum diserahkan kepada AHR untuk pemantauan selanjutnya.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my