Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS, UMS adakan program tanam pokok di Tuaran
diterbitkan pada 25 October 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) khususnya Pejabat Perhutanan Wilayah Kota Kinabalu telah mengadakan satu program tanam pokok bersama Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 25 Oktober 2022 di Hutan Komuniti Souk Suromboton, Tuaran.

Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Komuniti Kg. Suromboton Tenghilan, Tuaran.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Fadzil Yahya, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan) bagi mewakili Ketua Konservator Hutan.

Turut hadir, Prof. Madya Dr Normah Awang Besar @ Raffie, Dekan Fakulti Perhutanan Tropika UMS dan Florences Tigur, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Suromboton,.

Pengisian program termasuk taklimat Penghijauan Malaysia yang disampaikan oleh Marianah Othman, Timbalan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Inovasi JPS.

Acara kemuncak merupakan aktiviti menanam 600 pokok daripada spesies Gagil (Hopea sp.), Selangan Batu (Shorea sp.), Akasia (Acacia sp.) dan Laran (Neolamarckia cadamba) bersama-sama komuniti Kg Suromboton Tenghilan di Hutan Suok Suromboton, Tenghilan.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my