Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pasukan IC-CFS adakan aktiviti penghijauan di HS Ulu Segama
diterbitkan pada 22 October 2022

Pasukan Projek Improving Connectivity in the Central Forest Spine Landscape (IC-CFS) yang mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Heart of Borneo di Negeri Sabah pada 20-24 Oktober 2022 telah menyertai aktiviti penghijauan di Hutan Simpan (HS) Ulu Segama.

Rombongan IC-CFS yang terdiri daripada 12 pegawai dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor ini telah menanam 20 anak pokok pada 22 Oktober.

Rombongan yang diketuai Dato' Zahari Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) merangkap National Project Director IC-CFS.

Aktiviti penanaman pokok anjuran pihak Projek Innoprise-FACE Rainforest Rehabilitation Project (INFAPRO) dengan kerjasama Pejabat Perhutanan Daerah (PPD) Ulu Segama-Malua ini diadakan semasa lawatan rombongan ini ke kawasan pengurusan Projek INFAPRO di HS Ulu Segama.

Turut hadir, Jackly Ambrose, Pegawai Perhutanan Daerah dan Rayner Bili, Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Ulu Segama-Malua; Abd. Sail Jamaludin, Pengarah Operasi Borneo Rainforest Lodge; Khairuddin Jail, Pengurus Projek INFAPRO; Ruslizah Kamat; Pengurus Konservasi Lembah Danum; serta Tony Angat, Pengurus Konservasi Sungai Taliwas.

Spesies pokok yang ditanam termasuk Belian (Eusideroxylon zwageri), Kapur paji (Dryobalanops lanceolata), Selangan daun kapur (Hopea dryobalanoides), Seraya tembaga (Shorea leprosula), Melapi kuning (Shorea symingtonii) dan Urat mata daun licin (Parashorea malaanonan).

Rombongan IC-CFS telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan pada 20 Oktober untuk membincangkan tentang pelaksanaan inisiatif CFS dan HoB di wilayah masing-masing.

Selain itu, mereka turut melawat kawasan Projek Pengurusan Hutan Mampan Ulu Segama-Malua, Lahad Datu (USM SFMP); kawasan Konservasi Lembah Danum; tapak Projek 'Forest Rehabilitation of Orangutan Habitat in Lower Kawag', di Kompatmen 153, Hutan Simpan Ulu Segama; Kompleks Perhutanan Kawag; Nurseri Komuniti Kg. Tampenau, Silam yang merupakan pembekal sumber anak pokok kepada projek rehabilitasi di kawasan Lower Kawag; kawasan Menara Kayangan, Silam yang diurus tadbir oleh PPD Lahad Datu.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my