Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

P'Wajah tanam pokok di MRSM Tun Fuad Stephens
diterbitkan pada 15 October 2022

Persatuan Wanita Jabatan Perhutanan Sabah (P'Wajah) telah mengadakan program penanaman pokok di laman Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Fuad Stephens, Sandakan pada 15 Oktober 2022.

Program yang melibatkan 200 peserta tersebut diadakan dengan kerjasama pengurusan maktab dan bantuan daripada Pejabat Perhutanan Wilayah Sandakan dan Pejabat Perhutanan Daerah Sandakan.

Pengerusi P'Wajah, Datin Rosita Patrick Limy berkata penganjuran program kali ini menunjukkan sokongan P'Wajah terhadap kempen menanam pokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan yang menyempurnakan majlis perasmian program tersebut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua MRSM atas kerjasama dalam menjayakan kempen ini.

Turut hadir, Timbalan Pengetua MRSM Tun Fuad Stephens, Amin Sayani Zainal; Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan), Fadzil Yahya; Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi), Roslan Junaidi; Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan dan Pembangunan), Dr. Robert Ong; ketua-ketua bahagian Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah; kakitangan Pejabat Perhutanan Wilayah Sandakan dan Daerah Sandakan; ahli-ahli P'Wajah; guru-guru serta pelajar MRSM Tun Fuad Stephens.

Sebanyak 200 anak pokok telah ditanam semasa program tersebut dengan spesies pokok meliputi rosy trumpet tree/'Malaysian sakura' (Tabebuia rosea); laran (Neolamarckia cadamba) dan ketapang (Terminalia catappa).

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my