Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

PWFRIM hijaukan bumi
diterbitkan pada 15 September 2022

Perkumpulan Wanita FRIM (PWFRIM) telah menjalankan Program Jelajah Restorasi dan Penanaman Pokok PWFRIM di Stesen Penyelidikan FRIM di Bidor (SPF Bidor), Perak pada 15 September 2022.

Program yang diketuai Norazian Adam, Pengerusi PWFRIM ini disertai 30 ahli. Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Liza Ismail, Timbalan Pengerusi PWFRIM. Mereka disambut Penyelaras stesen, Dr Ho Wai Mun yang memberi taklimat mengenai stesen dan cara penanaman pokok.

Sebanyak 20 anak pokok Eucalyptus pellita sumbangan Bahagian Bioteknologi Perhutanan telah ditanam.

Program diakhiri dengan gotong-royong membersihkan surau dan lawatan berpandu ke plot penyelidikan.

Sehingga kini, PWFRIM telah menanam 262 pokok di SPF Mata Ayer, SPF Selandar, SPF Maran, SPF Pasoh dan SPF Bidor sebagai sokongan bagi Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

PWFRIM akan terus menyokong usaha ini dan membantu FRIM untuk dalam meningkatkan publisiti berkaitan portal 100jutapokok.gov.my serta dan applikasi mudah alih Penghijauan Malaysia dalam kalangan ahlinya.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my