Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Warga Bahagian Keluaran Hutan FRIM tanam pokok
diterbitkan pada 09 September 2022

Bahagian Keluaran Hutan (KH) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan program penanaman pokok di Field 31, berhampiran MTDC Technology Centre pada 9 September 2022.

Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin, Pengarah KH merasmikan program tersebut yang disertai 36 warga KH. Mereka menanam 70 pokok kapur (Dryobalanops aromatica) dan resak (Vatica umbonata) yang disumbangkan oleh Tapak Semaian FRIM.

Acara tersebut memberi sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan 'Kempen Memerdekakan FRIM daripada Plastik Sekali Guna'.

Warga KH juga digalakkan membawa botol air atau 'tumbler' sendiri dalam kehidupan harian. Sebagai pemangkin kepada amalan tersebut, pertandingan tumbler berhias turut diadakan sempena acara tersebut dengan hadiah tajaan Wan Tarmeze.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my