Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam tumbuhan ubatan di SPF Maran
diterbitkan pada 28 July 2022

Seramai 47 staf Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyertai Program Penanaman 22 Spesies Germplasma Projek Pengetahuan Tradisi (TK) di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Maran, Pahang pada 28 Julai 2022.

Sejumlah 419 tumbuhan ubatan daripada 13 spesies pokok, tiga spesies tumbuhan renek dan enam spesies pepanjat telah ditanam.

Aktiviti bermula dengan ucapan oleh Dr Siti Salwana Hashim, Ketua Cawangan Pengeluaran Bahan Tanaman dan diikuti dengan taklimat penanaman oleh Dasrul Iskandar Darus serta demonstrasi penanaman oleh Muhammad Afizi Osman.

Peserta terdiri daripada staf Bahagian Bioteknologi Perhutanan (Biotek), Perancangan Penyelidikan (R) dan Hasilan Semula Jadi (BHS). Turut hadir, pengarah ketiga-tiga bahagian iaitu Dr Mohd Zaki Abdullah, Dr Mohd Rosli Haron dan Dr Ling Sui Kiong. Mereka juga melawat ke Pusat Teknologi Pasca Tuai di stesen tersebut.

Germplasma yang ditanam merupakan antara koleksi tumbuhan ubatan yang dikutip dari pelbagai lokasi Hutan Simpanan Kekal (HSK) sepanjang pelaksanaan Projek Inventori Tumbuhan Ubatan bawah RMK-11 yang diketuai oleh Intan Nurulhani Baharuddin daripada R dengan kerjasama staf Biotek dan BHS.

Koleksi tumbuhan ubatan berkenaan diserahkan kepada Siti Salwana untuk kajian penubuhan plot germplasma di SPF Maran beserta pembangunan teknologi pembiakan tampang bagi dua spesies terpilih.

Daripada jumlah yang ditanam, 252 individu tumbuhan jenis pokok dan renek akan disumbangkan kepada bahagian yang terlibat sejajar dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my