Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Triton, Mitsubishi tanam pokok di SPF Selandar
diterbitkan pada 24 September 2022

Triton Tuners Club Malaysia (TTCM) dan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama EON Auto Mart dan Sing Kwung Jidosha telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM Selandar (SPF Selandar), Melaka pada 24 September 2022.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM, Dr Norwati Mohamad; Naib Presiden Kanan MMM. Arba Abd. Rahman; Presiden TTCM, Muhamad Farid Ayop; Khirun Nizam Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka; Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM, Dr Mohd Zaki Abdullah; Penolong Pengarah (Taman Negeri), Nur Shifatil Ulya Sidek Omar; Ketua Program Hutan Ladang FRIM, Dr Rosdi Koter; dan Penyelaras SPF Selandar, Dasrul Iskandar Darus.

Seramai 152 peserta telah menanam 320 pokok Eucalyptus hibrid yang dihasilkan oleh Makmal Tisu Kultur FRIM.

Program yang dianjurkan ini merupakan sinambungan sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025). Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my