Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MTC sambut Hari Malaysia di SPF Selandar
diterbitkan pada 16 September 2022

Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) telah menyambut Hari Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM Selandar (SPF Selandar), Melaka pada 16 September 2022.

Majlis sambutan tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Turut hadir, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dr Ismail Parlan; Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Norrida Yusoff, Pengerusi MTC; Ts. Muhtar Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif MTC; Noraihan Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MTC; Khirunizam Abdul Rahim, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka; Saiful Bahri Salleh, Timbalan KP MTIB; dan Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang FRIM.

Program anjuran MTC dan FRIM ini melibatkan seramai 102 peserta yang terdiri daripada staf MTC, FRIM dan komuniti setempat.

Mereka menanam 65 pokok daripada 30 spesies diterokarp dan nadir. Jumlah 65 ditetapkan sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan ke-65 manakala 30 spesies adalah bersempena ulangtahun ke-30 MTC.

Program tersebut juga sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) yang bertujuan menyebarluaskan kesedaran kepentingan memulihara kawasan hutan kepada masyarakat.

SPF Selandar yang seluas 30 ha ini terletak di Hutan Simpan Sedanan dan merupakan Pusat Pembangunan Klon serta Pusat Uji Kaji Tanam Spesies Perladangan Hutan bagi FRIM.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my