Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

OCBC & Kelab Rotary adakan penanaman pokok di HS Sabal
diterbitkan pada 08 October 2022

Bank OCBC bersama Kelab Rotary Cawangan Kuching telah mengadakan aktiviti penanaman pokok yang melibatkan 100 peserta di Hutan Simpan Sabal, Simunjan, Sarawak pada 8 Oktober 2022.

Pasukan peserta yang terdiri daripada warga korporat pembankan OCBC dan ahli-ahli kelab tersebut diketuai Jessie Lim yang merupakan Pengurus Kanan OCBC Cawangan Kuching dan disertai juga oleh Eric Liew, presiden kelab tersebut. Turut hadir, Tuan Haji Biha bagi mewakili pihak pengurusan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bersama beberapa kakitangan JHS.

Menurut Lim, penglibatan OCBC dalam aktiviti penanaman tersebut menunjukkan komitmen pihak pengurusannya terhadap usaha mengurangkan kesan rumah hijau dengan mengimbangi tahap pengeluaran karbon dioksida ke udara dan alam sekitar.

Liew pula berkata beliau berharap agar program penanaman seperti ini akan diteruskan ke masa hadapan dengan penglibatan golongan muda.

Sebanyak 500 pokok yang terdiri daripada spesies tempatan seperti meranti lang (Shorea elliptica), bintangor putih (Calophyllum lowei); resak air (Vatica rynchocarpa) dan belian (Eusideroxylon zwageri) berjaya ditanam sempena program penanaman tersebut.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my