Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS anjur Siri Webinar Penghijauan Malaysia 3.0
diterbitkan pada 26 September 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menganjurkan Webinar Siri 3.0 Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta dengan tema 'Penglibatan Komuniti Tempatan dalam Restorasi' pada 26 September 2022.

Tema webinar tersebut mengetengahkan beberapa perkongsian kejayaan penglibatan komuniti tempatan dalam inisiatif penanaman pokok dan pemulihan hutan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Seramai 470 peserta dari 84 organisasi telah menyertai webinar tersebut melalui platform Zoom dan Facebook Live.

Tema kali ini sangat relevan terutamanya bagi kawasan hutan simpan kerana penglibatan komuniti tempatan merupakan kunci utama kepada pengurusan hutan mampan serta pembangunan komuniti setempat.

Selain daripada penanaman pokok dan pemulihan hutan, antara aktiviti berasaskan perhutanan yang biasanya melibatkan komuniti tempatan termasuk penandaan dan pemantauan sempadan kawasan hutan simpan, pencegahan pencerobohan dan pembakaran hutan serta kempen kesedaran berkaitan usaha pemuliharaan hutan. Penglibatan komuniti adalah amat penting dalam usaha penjagaan dan pemuliharaan kawasan hutan simpan.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my