Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

McCorry, JPS tanam pokok di HS Bukit Hampuan
diterbitkan pada 23 September 2022

Syarikat McCorry (M) Sdn. Bhd. dengan sokongan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 23 September 2022 di Hutan Simpan (HS) Bukit Hampuan, Ranau.

Aktiviti penanaman ini merupakan kesinambungan program yang telah dilaksanakan oleh McCorry pada Disember 2021 dan Julai 2022.

Sebanyak 119 anak pokok daripada spesies yang meliputi selangan batu daun halus (Shorea superba); kapur (Dryobalanops aromatica); seraya (Shorea curtisii) dan bayor (Pterospermum spp.) telah berjaya ditanam.

Seramai sembilan kakitangan McCorry yang menyertai aktiviti ini dibantu oleh kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Ranau.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my