Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Tourism Malaysia adakan lawatan media, penanaman pokok di Lahad Datu
diterbitkan pada 22 September 2022

Tourism Malaysia bersama 10 pengamal media dari Semenanjung Malaysia dan tiga dari Sabah telah mengadakan lawatan ke Menara Kayangan, Gunung Silam, Lahad Datu, Sabah pada 22 September 2022 sempena "Program Journey To The East Coast of Sabah".

Program tersebut bertujuan mempromosikan kawasan pelancongan sekitar daerah Lahad Datu.

Osman Bangkong, Pegawai Perhutanan Daerah Lahad Datu yang mewakili Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) memberikan taklimat kepada rombongan tersebut.

Sebagai salah satu pengisian program, semua ahli rombongan berjumlah 23 peserta bersama-sama tujuh orang kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Lahad Datu turut menanam pokok pada hari tersebut.

Sebanyak 30 pokok daripada spesies kapur (Dryobalanops spp.) dan seraya (Shorea spp.) berjaya ditanam.

Sumber: Jabatah Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my