Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS adakan acara penghijauan sempena lawatan SUHB
diterbitkan pada 05 September 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan acara menanam pokok di Pitas pada 5 September 2022 sempena lawatan Sernam Singh, Setiausaha Hasil Bumi (SUHB) Sabah.

Tujuan lawatan kerja SUHB ini adalah untuk meninjau perkembangan pelaksanaan ladang hutan di Gerak Saga Sdn. Bhd. dan Acacia Forest Indusries (AFI) Sdn. Bhd.

Turut hadir, Musa Salleh, Ketua Bahagian Pengurusan Hutan Lestari (SFM) JHS; Paul Leo Lohuji, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Hutan (FRM) JHS; Suzy Maiks, Pegawai Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA); Zainuden Jimbun, Pegawai Perhutanan Wilayah Kudat dan Norahmad Jumain, Pegawai Perhutanan Daerah Pitas.

Sebanyak 10 anak pokok kapur (Dryobalanops lanceolata) telah ditanam oleh peserta rombongan di kawasan Gerak Saga sempena lawatan ini untuk menyokong Kempen Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my