Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, Kolej Komuniti Zon Sarawak anjur program penanaman pokok
diterbitkan pada 04 September 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Kolej Komuniti Zon Sarawak telah mengadakan program penanaman pokok di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan pada 4 September 2022.

Sebanyak 1,300 anak pokok daripada pelbagai spesis tempatan berjaya ditanam oleh seramai 100 peserta semasa program tersebut.

Program ini dirasmikan oleh Zarina Shebli, Ketua Bahagian Restorasi dan Hutan Industri (RIFD) JHS. Turut hadir, Andrew anak Douglas Gudam, Pengerusi Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) Negeri Sarawak yang juga merupakan Pengarah Kolej Komuniti Betong.

Upacara perasmian disempurnakan dengan penanaman anak pokok belian (Eusideroxylon zwageri) oleh Zarina serta Andrew.

Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada 350 kapur bukit (Dryobalanops beccarii); 350 meranti lang (Shorea elliptica); 350 bintangor bukit (Calophyllum lowii); 170 meranti tangkai panjang padi (Shorea venulosa); dan 80 gaharu (Aquilaria beccariana).

Sebagai sokongan kepada perlaksanaan program ini pada masa akan datang, pihak Kolej Komuniti turut menyumbangkan beberapa peralatan penanaman termasuk cangkul untuk kegunaan di HS Sabal.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my