Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Huber+Suhner hijaukan bumi
diterbitkan pada 24 September 2022

Seramai 40 kakitangan syarikat Huber+Suhner (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menjalankan program penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 24 September lalu.

Dalam ucapannya, Sarita Beram Shah yang merupakan Ketua Sumber Manusia (Malaysia dan Singapura) bagi Huber+Suhner berkata sebagai sebuah syarikat yang mereka bentuk dan mencipta komponen penting yang mengangkut kuasa dan data melalui rangkaian perkhidmatan teknikal di Switzerland, aktiviti penghijauan ini amat penting untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan menanam pokok untuk tujuan pemuliharaan.

Aktiviti tanggungjawab sosial korporat ini juga dijalankan selaras dengan usaha Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sebanyak 40 pokok seperti keladan (Dryobalanops oblongifolia), meranti kepong (Shorea ovalis), keruing bulu (Dipterocarpus baudii), belian (Eusideroxylon zwageri), beruas (Garcinia celebica), pelong licin (Pentaspadon motleyi), perah (Elateriospermum tapos), kelat jambu (Syzygium grande), merbau (Intsia palembanica), jambu bol (Syzygium malaccense), balau singkawang air (Shorea sumatrana) dan balau laut (Shorea glauca) berjaya ditanam.

Program penanaman pokok ini dikendalikan oleh Cawangan Pengurusan Hutan dan Unit Komunikasi Korporat FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my