Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak adakan penanaman pokok di HS Sabal
diterbitkan pada 20 August 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan pada 20 Ogos 2022.

Sebanyak 1,500 anak pokok spesies tempatan iaitu bintangor batang putih (Calophyllum lowii), kapur (Dryobalanops beccarii) dan meranti sarang punai (Shorea parvifolia) ditanam dalam program tersebut oleh 50 kakitangan JHS dan institut tersebut termasuk ahli keluarga mereka.

Fang Tze Chiang, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak semasa ucapannya memaklumkan, program penanaman pokok ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk bersama-sama tampil ke hadapan bagi memelihara dan menjaga hutan dalam negeri ini.

Fang turut memaklumkan, pihak institut bercadang untuk mengangkat mana-mana kawasan yang bersesuaian bagi melaksanakan aktiviti penanaman pokok pada masa akan datang serta bersedia menjadi rakan strategic JHS untuk menjayakan program berkenaan.

Program ini dirasmikan oleh Jack Liam, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak yang mewakili Datu Hamden Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak. Turut hadir, Zarina Shebli, Ketua Bahagian Restorasi dan Hutan Industri (RIFD) JHS.

Jack berkata bagi menyahut seruan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menghijaukan bumi Sarawak di bawah Program Penghijauan Malaysia, 'Greening Sarawak Campaign' dan Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030, JHS telah mencatatkan jumlah penanaman pokok yang terbanyak di Malaysia iaitu hampir 14.2 juta bagi tempoh mulai 5 Januari 2021 hingga 10 Ogos 2022.

Tambahnya, jumlah penanaman ini telah pun mencapai 40.5% daripada sasaran penanaman 35 juta pokok bagi Sarawak untuk tempoh lima tahun (2021-2025).

Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan hutan yang lestari, setiap peserta yang hadir juga dihadiahkan anak pokok buah-buahan untuk ditanam di kawasan rumah masing-masing.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my