Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

KPPA tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 26 August 2022

Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menanam pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong sempena lawatan beliau pada 26 Ogos 2022.

Beliau menanam pokok damar minyak (Agathis borneensis) di Taman Botani Kepong bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta melawat ke Jejantas Rimba (Forest Skywalk) FRIM.

Beliau diiringi Dr Anesee Ibrahim, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam serta Dr Nur Nazlina Mohd Hanipah dan Mohd Zuhaidy A Rahman, Pegawai Khas KPPA.

Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Dato' Rosli Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA); Norsham Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan.

Mereka disambut oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM bersama-sama Ahli Pengurusan Tertinggi FRIM.

Ismail menyampaikan taklimat tentang peranan, fungsi dan pencapaian FRIM serta isu-isu dan cabaran penyelidikan FRIM manakala Mohd Shafiq berkongsi pandangan berkenaan halatuju R&D negara terutamanya berkaitan dengan sumber semula jadi.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my