Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

RHB adakan gotong-royong di FRIM
diterbitkan pada 20 August 2022

RHB Group telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Kawasan Perkelahan Sg. Kroh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 20 Ogos 2022.

Program ini merupakan sebahagian daripada Program CSR 'RHB Touch Hearts' 2022 yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia serta di peringkat ASEAN.

Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM menyampaikan ucapan pada majlis. Turut hadir Azman Shah Yaman, Ketua Undang-Undang, Sekretariat dan Governans Kumpulan selaku Ketua Pegawai Integriti & Governans RHB Group; Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran FRIM; dan Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM.

Aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh Bahagian Kumpulan Undang-undang, Sekretariat & Governans ini melibatkan 60 staf RHB bersama keluarga. Mereka turut menjalankan aktiviti gotong-royong pembersihan di Kawasan Perkelahan Sg. Kroh FRIM.

Azman Shah juga menanam sebatang pokok giam lintah bukit (Hopea helferi) sebagai acara simbolik bagi memperingati aktiviti ini. Beliau juga menyerahkan sumbangan dana kepada FRIM untuk penanaman 20 pokok di kampus FRIM bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my