Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Tampik Junior Rangers tanam pokok di Janda Baik
diterbitkan pada 08 August 2022

Para peserta program Pembangunan Komuniti Melalui Interpretasi Persekitaran 'Tampik Junior Rangers (Siri 1)' telah menanam lima pokok bagi aktiviti 'Oh My Trees!' di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.

Mereka telah menanam ceri Terengganu (Lepisanthes alata), kasai (Pometia pinnata), mertajam (Lepisanthes rubiginosa), gajus (Anacardium occidentale) dan jambu bol (Syzygium malaccense).

Program anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang diadakan pada 6-7 Ogos 2022 ini dihadiri 19 peserta berusia 9-13 tahun daripada dalam kalangan penduduk Kampung Janda Baik.

Bengkel tersebut bertujuan memberi pendedahan awal secara teori dan 'hands-on' tentang kepentingan pemuliharaan hutan, konservasi dan rekreasi ekopelancongan melalui interpretasi persekitaran sebagai persediaan awal dalam melatih Renjer Muda untuk menjadi Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi.

Bengkel ini mendapat kerjasama Persatuan Sahabat alam tampik Janda Baik (SATJB). Ia merupakan aktiviti bawah projek penyelidikan 'Unlocking the potential of Junior Rangers for Green Nature Solutions and Nature-based Communication' yang dibiayai ‘Sustainable Tourism Grant’ oleh The Habitat Foundation.

Majlis perasmian bengkel disempurnakan oleh Rohaimi Anuar, Pengerusi SATJB pada 6 Ogos dan diikuti dengan ceramah oleh Dr Huda Farhana Mohamad Muslim, Ketua Projek.

Bengkel Siri 1 ini dikendalikan dengan kerjasama Cawangan Pendidikan Alam Sekitar FRIM yang melibatkan:

  1. sesi perkongsian teori mengenai interpretasi persekitaran
  2. latihan dan pembentangan secara berkumpulan serta individu
  3. aktiviti sains masyarakat melalui pemantauan pokok secara berkala berpandukan 'Tree Planting ECO Kit'
  4. penerangan tentang tumbuhan menarik di denai alam ke Air Terjun Ulu Tampik (Tampik JB Waterfall), Hutan Simpan Lentang (air terjun tingkat ke-5 setinggi 548m)
  5. Jom dengar cerita saya

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my