Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok di Bagan Datuk
diterbitkan pada 25 July 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Bagan Datuk sempena lawatan pemantauan ke tapak Projek Germplasma Warisan Hutan Bakau Bagan Datuk pada 25 Julai 2022.

Lawatan Pasukan Dasar dan Perancangan Penyelidikan (RePP) FRIM ini bertujuan mengetahui perkembangan kerja-kerja projek di lapangan.

Rombongan yang diketuai Dr Asiah Osman bersama enam staf RePP ini disambut oleh Tariq Mubarak Husin, Ketua Projek dan Dr Farah Shahanim Mohamed Mohidin, Ketua Komponen Penubuhan Projek serta staf Cawangan Silvikultur Hutan.

Mereka turut melawat pejabat projek dan tapak semaian di Teluk Penikam, Bagan Datuk. Tariq Mubarak dan Farah Shahanim menyampaikan taklimat ringkas mengenai kemajuan fizikal projek, kemudahan serta kemajuan terkini projek.

Pasukan ini turut melawat plot penanaman di germplasma Blok A serta menanam 10 anak pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) bersempena dengan Hari Konservasi Ekosistem Hutan PayaLaut Antarabangsa yang disambut pada 26 Julai setiap tahun.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my