Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sumbang pokok bagi program penanaman JPS
diterbitkan pada 16 July 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbangkan 67 pokok kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) bagi 'Program Penghijauan Tasik Baginda, Kempen Penanaman 1000 Pokok' di Denai Sungai Kebangsaan Sungai Air Hitam, Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Selangor pada 16 Julai 2022.

Pokok-pokok sumbangan FRIM terdiri daripada pokok nadir seperti beruas (Garcinia hombroniana), perupok (Lepisanthes alata), mertajam (Lepisanthes rubiginosa), kelat paya (Syzygium campanulatum) dan sebagainya.

Selain itu, UMW Holdings juga menyumbangkan 600 anak benih buluh pelbagai jenis kepada program tersebut.

Program anjuran Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Malaysia (BPME) ini dirasmikan oleh Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA).

Seramai 300 peserta yang terdiri daripada wakil agensi-agensi di bawah KASA, UMW, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Malaysian National Committee on Large Dams - Mycold dan masyarakat setempat terlibat dalam penanaman pokok sebagai usaha ke arah karbon sifar serta untuk menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumbangan pokok ini merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) FRIM sempena Program Penghijauan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang penjualan dan sumbangan anak-anak pokok, sila hubungi Tapak Semaian FRIM pada 03-6279 7127 / 7124 atau emel: salwana@frim.gov.my.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my