Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok di SPF Segamat
diterbitkan pada 14 July 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Segamat, Johor pada 14 Julai 2022 sempena lawatan kerja Ketua Pengarah (KP), Dr Ismail Parlan.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di stesen tersebut.

Lawatan beliau buat kali pertama ke SPF tersebut turut disertai oleh Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang; Wan Jusaini Rizal Wan Nasruddin, Ketua Pegawai Eksekutif FRIM Incorporated Sdn. Bhd. dan Haridyn Hanti, Pegawai Hutan Daerah Johor Utara.

Mereka telah menanam sejumlah 10 pokok meranti temak nipis (Shorea roxburghii) sebagai acara simbolik bagi memperingati lawatan tersebut. Pokok-pokok ini merupakan spesies yang dicadangkan oleh FRIM untuk perladangan.

Ismail turut menghadiri mesyuarat berkenaan hala tuju SPF Segamat di Pejabat Hutan Daerah Johor Utara yang dipengerusikan oleh Dato' Salim Aman, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Mereka berbincangkan isu-isu semasa termasuk kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my