Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

TIF tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 08 June 2022

Ahli-ahli Persatuan Forum Industri Perkayuan Malaysia (Malaysian Timber Industry Forum Association atau TIF) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok sempena lawatan mereka ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 8 Jun 2022.

Lawatan delegasi ini bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka tentang aktiviti-aktiviti penyelidikan serta kemudahan dan perkhidmatan yang dijalankan di FRIM.

TIF terdiri daripada empat persatuan industri perkayuan, iaitu:

  1. Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA);
  2. Malaysian Furniture Council (MFC);
  3. The Timber Exporters' Association of Malaysia (TEAM); dan
  4. Persatuan Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA)

Delegasi TIF diketuai oleh Datuk Wira Sheikh Othman Sheikh Abdul Rahman dari MPMA. Turut hadir, Tan Aik Mund (MFC); Pang Kim Ming, Fazlyna Mustapah, Chua Song Fong, George Tan, Juliana Yu, Low Ching Cheong (TEAM); Lokman Mohamad, Mansor Abas, Hilmi Awang (PEKA); serta Datuk Chua Hock Gee, Tan Chong Yin (MPMA) dan Yong Teng Koon (TIF).

Mereka disambut oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM bersama-sama Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir, Pengarah Keluaran Hutan dan Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan.

Ismail menyampaikan taklimat serta membawa delegasi untuk lawatan ke Makmal Tisu Kultur di Pusat Biousahawan Bioteknologi, Bengkel Rintangan Api dan Bengkel Pengujian Perabot.

Sebagai acara penutup, wakil-wakil TIF turut menanam empat pokok penaga lilin (Mesua ferrea) di persekitaran bangunan Pusat Teknologi Kayu (Timber Technology Centre, TTC) FRIM sebagai sokongan bagi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my