Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

KSU KeTSA tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 02 June 2022

Dato' Rosli Isa, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menanam pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sempena lawatan kerja beliau pada 2 Jun 2022.

Turut hadir, Norsham Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan; Mohd Norhisham Musa, Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Adzlina Ibrahim Setiausaha Bahagian Sumber Manusia; Hamsha Injau, Setiausaha Bahagian Pembangunan; Khairulnizam Hashim, Setiausaha Perancangan Strategik dan Antarabangsa; dan Nur Fazreen Mohamad Kamal, Ketua Komunikasi Korporat KeTSA.

Mereka disambut oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM bersama-sama Ahli Pengurusan Tertinggi FRIM.

Ismail menyampaikan taklimat tentang peranan, fungsi dan pencapaian FRIM di Bilik Mesyuarat Shorea diikuti dengan sesi perbincangan isu-isu dan cabaran berkaitan usaha penyelidikan FRIM.

Selepas perbincangan, KSU dijemput menyempurnakan acara penanam anak pokok kiat atau keriat (Aglaia korthalsii) berhampiran dengan Bangunan Pentadbiran FRIM dan melawat ke Makmal Ujian Perabot.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my