Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok bersama komuniti di Terengganu
diterbitkan pada 30 May 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Program Penanaman Pokok, CEPA (Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam) serta Sesi Libat Urus Bersama Komuniti di Taman Ekorimba Lata Belatan, Terengganu pada 30 Mei 2022.

Program dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dan Persatuan Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad ini dirasmikan oleh YB Tuan Shaharizukirnain Abd Kadir, Ahli Parlimen Setiu.

Turut hadir, Mohd Parid Mamat, Ketua Program Perhutanan Sosial FRIM dan Mohd Hadre Mohamad, Penolong Pengarah (Silvikultur dan Perlindungan Hutan) JPNT.

Sejumlah 110 peserta daripada tujuh kampung serta enam sekolah di sekitar Hutan Simpan (HS) Gunung Tebu terlibat program ini. Mereka berjaya menanam 400 pokok yang dibekalkan oleh tapak semaian FRIM dan JPNT.

Spesies-spesies yang ditanam termasuk ceri terengganu (Lepisanthes alata), gajus (Anacardium occidentale), kiat (Aglaia korthalsii), jambu bol (Syzygium malaccense), mertajam (Lepisanthes rubiginosa), kasai (Pometia pinnata), chengal batu (Hopea ferrea) dan kapur (Dryobalanops aromatica).

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti bagi Kajian Rintis Perhutanan Masyarakat (Social Forestry) di persekitaran HS Gunung Tebu bawah dana Rancangan Malaysia Ke-12.

Program ini juga bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my