Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS anjur Program Penghijauan Malaysia Peringkat DUN Apas
diterbitkan pada 20 August 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) melalui Pejabat Perhutanan Wilayah Tawau dan Pejabat Perhutanan Daerah Tawau telah mengadakan Majlis Perasmian Program Penghijauan Malaysia di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N68 Apas, Tawau pada 20 Ogos 2022 di Kg. Batu Payung, Tawau.

Program ini telah dimulakan pada 14 Ogos lalu dengan penanaman 150 pokok yang terdiri daripada 110 pokok ketapang (Terminalia catappa) dan 40 pokok pokok obah merah (Syzygium myrtifolium). Lima puluh (50) pokok lagi, iaitu 20 pokok kertas tisu (Tabebuia rosea) dan 30 pokok obah merah (Syzygium myrtifolium) ditanam semasa majlis perasmian program ini.

Program ini dirasmikan oleh Ahli DUN N68 Apas, YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan. Turut hadir, Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan; Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan), Fadzil Yahya; OCPD Tawau, ACP Jasmin Hussin; Pegawai Majlis Perbandaran Tawau, Muhammad Ikhsan Wahap; dan Ketua Daerah Tawau, Kee Jamal Kee Sulaiman.

Lebih kurang 200 ahli komuniti dari Kg. Tinagat, Kg. Batu Payung dan Kg. Membalua serta pegawai dan kakitangan Wilayah Tawau telah menyertai program ini.

Semasa perasmian, Nizam mengumumkan bahawa Kg. Batu Payung dicadang sebagai Kampung Angkat bagi Program Penghijauan Malaysia peringkat DUN 68 Apas, Tawau.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my