Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

BNMV, YHM anjur Program Penanaman Bakau 2.0
diterbitkan pada 13 August 2022

Bank Negara Malaysia Volunteers (BNMV) sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) melalui program penanaman bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor pada 13 Ogos 2022.

Sebanyak 100 anak pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) telah berjaya ditanam oleh 20 peserta BNMV.

Penanaman bakau kali kedua yang diketuai Setiausaha BNMV, Suraya Sani ini merupakan kesinambungan kerjasama BNMV dan YHM dalam program penanaman pokok.
BNMV telah menanam 100 pokok bakau kurap di kawasan yang sama pada 30 November 2021 dan 100 pokok kapur di Taman Eko Rimba Bukit Sg. Putih, Cheras, Kuala Lumpur pada 12 Mac 2022.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Suhaimi Sanusi juga amat mengalu-alukan pelbagai pihak berkepentingan untuk bekerjasama ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan bakau serta inisiatif kelestarian alam.

Usaha murni BNMV ini seterusnya akan direkodkan sebagai salah satu pencapaian penanaman pokok pada tahun 2022 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my