Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Daikin adakan aktiviti tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 06 August 2022

Daikin Malaysia Sdn. Bhd. kembali ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 6 Ogos 2022 lalu. Syarikat tersebut pernah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di FRIM pada Oktober 2016 dengan menanam 80 pokok.

Kali ini, seramai 32 peserta yang diketuai oleh Mitsuo Honda, Naib Presiden Kanan selaku Pengarah Bahagian Pembuatan menanam 40 pokok seperti merawan meranti (Hopea sulcata), belian (Eusideroxylon zwageri), resak daun panjang (Vatica nitens), meranti kepong (Shorea ovalis), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), durian (Durio zibethinus), keladan (Dryobalanops oblongifolia), merbau (Intsia palembanica), keruing latek (Dipterocarpus elongatus) dan meranti tembaga (Shorea leprosula).

"Sebagai syarikat pembuatan penghawa dingin, Daikin sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf dan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar demi generasi akan datang," kata Mitsuo.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat (CCU) dan Cawangan Pengurusan Hutan FRIM ini diadakan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang bermula pada tahun 2021 sehingga 2025.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my