Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Brother International sokong penghijauan bumi
diterbitkan pada 13 August 2022

Syarikat Brother International (M) Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di FRIM, Kepong pada 13 Ogos lalu sebagai program khidmat masyarakatnya.

Aktiviti ini melibatkan 40 kakitangan syarikat yang diketuai Takaki Tsutomu, Pengarah Urusan bersama lima ketua jabatannya.

Turut hadir, Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat (CCU) FRIM yang menyampaikan kata alu-aluan dan Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) FRIM yang memberi taklimat cara penanaman.

Sebanyak 40 pokok seperti merawan meranti (Hopea sulcata), resak daun panjang (Vatica nitens), meranti kepong (Shorea ovalis), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), durian (Durio zibethinus), kasai (Pometia pinnata), keruing cogan (Dipterocarpus rigidus), balau sengkawang air (Shorea sumatrana) dan chengal (Neobalanocarpus heimii) telah berjaya ditanam.

Pihak Brother International menyatakan hasrat untuk meneruskan bekerjasama dengan FRIM dalam menjalankan aktiviti seperti ini. Aktiviti yang dikendalikan CCU dan CPH FRIM dengan badan korporat ini juga selaras dengan matlamat Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my