Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pavilion Malaysia tanam 500 pokok kapur di Taman Eko Rimba Bukit Sungai Puteh
diterbitkan pada 23 October 2021

Program Penanaman Pokok Malaysia's Net Zero Carbon Pavilion at Expo 2020 Dubai telah diadakan sempena Hari Alam Sekitar Negara bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Taman Eko Rimba, Bukit Sungai Puteh, Cheras pada 23 Oktober 2021.

Program disempurnakan oleh Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Pesuruhjaya Jeneral Malaysia di Expo 2020 Dubai.

Aktiviti penanaman pokok tersebut adalah selari dengan tema Energising Sustainability atau Memperkasa Kemampanan Pavilion Malaysia.

Program melibatkan penanaman sebanyak 500 batang pokok kapur (Dryobalanops aromatica) yang akan menyumbang kepada pemulihan kawasan terosot Taman Eko Rimba, Bukit Sungai Puteh.

Pokok kapur adalah spesies terancam yang terkenal dengan tingkah laku kanopi yang dipanggil crown shyness. Usaha ini akan membantu pemeliharaan spesies pokok terancam dan Pavilion Malaysia menaja kerja penyediaan tapak dan penyelenggaraan pokok bagi memastikan kelangsungan hidup pokok-pokok di hutan rekreasi ini.

Pada program itu, Amin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Tuan Syed Ahmad Syed Mustafa, Ketua Pegawai Operasi, Malaysia Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) atas kerjasama yang dijalinkan.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my