Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Mitsubishi tanam 50 pokok kapur sokong usaha Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 25 November 2021

Sebanyak 50 pokok kapur (Dryobalanops aromatica) telah berjaya ditanam dalam satu program penanaman pokok bersama Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) di Hutan Simpan Sg Putih, Cheras pada 25 November 2021.

MMM melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat mereka iaitu "Mitsubishi Motors Malaysia Trees For Future In Support For Greening Malaysia Programme" telah menjadi salah satu penaja bagi menyokong Kempen Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda bersama 20 orang wakil daripada MMM, Pengarah JPWP, Mohd Hafiz Hamzah serta wakil daripada Bahagian Pengurusan Projek YHM.

Pihak MMM juga berhasrat untuk melaksanakan lebih banyak program penanaman pokok pada masa akan datang dalam merancakkan lagi usaha Penghijauan Malaysia.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my