Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Penanaman pokok bersama Runsteur Malaysia, YHM
diterbitkan pada 25 November 2021

Sebanyak 50 pokok kapur (Dryobalanops aromatic) telah berjaya ditanam oleh pihak Runsteur Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan di Hutan Simpan Sg Putih, Cheras pada 25 November 2021 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

YHM sebelum ini juga telah bekerjasama dengan Runsteur dalam mengumpul dana kempen menerusi larian virtual "Run For The Forest" sejauh 10 kilometer pada Mac hingga April 2021 bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa bagi mempromosikan kempen.

Melalui acara tersebut, sebanyak RM2 daripada setiap yuran peserta disumbangkan kepada kempen dan peserta turut berpeluang menyumbang melalui pakej RM130 dengan keseluruhan dana tersebut disalurkan untuk program penanaman pokok.

Dana sebanyak RM12,000 ringgit telah berjaya dikumpul menerusi larian ini dengan menyaksikan penyertaan seramai 3,198 peserta manakala 39 peserta telah menyumbang bagi pakej RM130.

Kerjasama antara YHM dan Runsteur adalah satu usaha untuk mempromosikan kempen serta memberi kesedaran mengenai kepentingan penanaman pokok kepada masyarakat.

YHM mengalu-alukan kerjasama seperti ini bagi merancakkan lagi usaha mempromosikan kempen dan penglibatan masyarakat di peringkat akar umbi.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my