Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Program penanaman bakau BNMV di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang
diterbitkan pada 30 November 2021

Sebanyak 100 anak pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) telah berjaya ditanam oleh 20 orang peserta daripada Bank Negara Malaysia Volunteers (BNMV) di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor pada 30 November 2021.

Program dijayakan dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia dan komuniti Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang.

Penanaman ini merupakan salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat BNMV yang diketuai oleh Ketua Unit Pentadbiran Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia, Suraya Sani bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Suhaimi Sanusi turut mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menanam pokok bakau di kawasan tersebut.

Usaha murni BNMV ini seterusnya direkodkan sebagai salah satu pencapaian penanaman pokok pada tahun 2021 di bawah kempen ini.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my