Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS, Pejabat Hasil Bumi tanam pokok di HS Bukit Hampuan
diterbitkan pada 06 August 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan program penanaman pokok bersama kakitangan Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri di Hutan Simpan (HS) Bukit Hampuan, Ranau dengan penglibatan 131 peserta pada 6 Ogos 2022.

Program ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan), Fadzil Yahya.

Turut hadir, Setiausaha Hasil Bumi, Sernam Singh; Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim; Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan dan Pembangunan), Dr Robert Ong; wakil Pegawai Daerah Ranau, Florencia Padasian; serta kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Ranau.

Sejumlah 38 pokok daripada spesies pokok seperti Sempilau (Ceuthostoma terminale), Rhu Bukit (Gymnostoma sumatranum), Rinorea (Rinorea bengalensis), Phyllanthus (Phyllanthus rufuschaneyi) dan Xylosma (Xylosma luzonensis) berjaya ditanam. Program ini diakhiri dengan lawatan ke tapak bekas lombong tembaga Mamut, Ranau.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my