Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS tanam pokok bersama peserta PTE22
diterbitkan pada 15 August 2022

Pejabat Perhutanan Daerah Lahad Datu, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan projek penanaman pokok bersama para peserta Passage to the East (PTE22) di Kawasan Air Terjun Hutan Simpan Sapagaya, Lahad Datu pada 15 Ogos 2022.

Aktiviti penanaman pokok ini melibatkan seramai 44 orang pelayar dari pelbagai negara. PTE22 merupakan satu program Sail Malaysia yang dianjurkan oleh Cruise Marine Tourism Association of Malaysia. Turut hadir, mantan Pengerusi Eko Park Sabah, Datuk Seri, Tengku Dr Zainal Adlin Tengku Mahamood dan Pegawai Jabatan Perhutanan Lahad Datu, Osman H. Bangkong.

Sebanyak 50 anak pokok kapur (Dryobalanops aromatica) dan 10 anak pokok seraya (Shorea curtisii) berjaya ditanam. Selain itu, para peserta PTE22 juga membuat lawatan ke Menara Kayangan, Lahad Datu.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my