Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS adakan program tanam bakau bersama SK Tanjong Paras
diterbitkan pada 27 July 2022

Pejabat Perhutanan Daerah Lahad Datu, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan program penanaman pokok bakau bersama SK Tanjong Paras di Pulau Sakar, Lahad Datu dengan penglibatan 30 peserta pada 27 Julai 2022.

Sebanyak 500 anak pokok spesies Rhizophora mucronata berjaya ditanam oleh peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru sekolah tersebut, kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Lahad Datu, kakitangan Pejabat Perhutanan Wilayah Tawau, pasukan Maritim Lahad Datu serta penduduk setempat.

Program ini bertujuan memupuk minat menanam pokok dalam kalangan masyarakat Pulau Sakar terutamanya golongan pelajar selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my