Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Sun Life, MPKj, YHM tanam 350 pokok
diterbitkan pada 23 July 2022

Sun Life Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menanam 350 pokok landskap dan nadir dalam satu program penanaman pokok di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang, Selangor pada 23 Julai 2022.

Pokok-pokok yang ditanam termasuk kayu manis (Cinnamomum verum), asam jawa (Tamarindus indica), ciku (Manilkara zapota), cermai (Phyllanthus acidus), kundang (Bouea macrophylla), ajaib (Synsepalum dulcificum), jambu batu (Psidium guajava), nona (Annona squamosa), abiu (Pouteria caimito) dan kayu serai (Syzygium polyanthum).

Program Penanaman Pokok MPKj Bersama Sun Life Malaysia yang dirasmikan oleh Yang DiPertua MPKj, Tuan Haji Najmuddin Jemain ini merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.

Inisiatif ini juga sebagai menyokong agenda nasional Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Sun Life, Ho Teck Seng berkata pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan MPKj dan YHM dalam mewujudkan lebih banyak persekitaran hijau untuk komuniti tempatan menjalani gaya hidup yang lebih sihat serta aktif.

Katanya, program ini menandakan permulaan rasmi inisiatif penanaman pokok selama tiga tahun #PlantTreePlantHope yang bertujuan mempromosikan persekitaran yang lebih hijau dan lestari.

Turut hadir KPE YHM, Amin Abdullah. Fasa kedua inisiatif ini akan bermula pada Ogos ini dengan penanaman 150 pokok bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my