Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

ANGKASA sasar tanam sejuta pokok menjelang 2023
diterbitkan pada 17 July 2022

'Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok' yang diterajui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Omar pada 17 Julai 2022 di Taman Botani Negara Shah Alam.

Pelancaran tersebut diadakan bersempena Bulan Koperasi Kebangsaan dan Sambutan 100 Tahun Koperasi bagi menyokong agenda Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025).

Dalam ucapannya, Noh Omar yakin hasrat penanaman sejuta pokok menjelang 2023 akan tercapai khususnya menerusi gerakan koperasi negara yang merangkumi 14,834 koperasi dengan keanggotaan 7.08 juta individu.

Beliau turut melancarkan sebuah modul pendidikan 'Sejuta Pokok, Segunung Harapan' yang dibangunkan oleh ANGKASA dan Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Modul ini akan dimanfaatkan oleh 2,460 koperasi sekolah seluruh Malaysia dengan keanggotaan kira-kira 1.97 juta anggota individu.

Sementara itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, program ini merupakan inisiatif yang menyokong hasrat Kerajaan mewujudkan suasana persekitaran semula jadi yang segar, serta memberi kesedaran bahawa menghijaukan dan memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.

Beliau juga mengajak pihak ANGKASA untuk merekodkan setiap pokok yang ditanam dalam aplikasi 'Penghijauan Malaysia' yang dibangunkan oleh KeTSA.

Sebanyak 35.69 juta pokok daripada lebih 1,000 spesies telah berjaya ditanam bawah kempen ini sehingga 16 Julai 2022 di seluruh negara.

Pencapaian kempen boleh dilihat melalui aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia' serta laman sesawang khas www.100jutapokok.gov.my.

Dengan bantuan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), 75 pokok hutan telah ditanam oleh peserta yang terdiri daripada pelajar dan sukarelawan daripada Koperasi-koperasi Sekolah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta rakan strategik ANGKASA iaitu Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Institut Perubahan Iklim, UKM.

Turut hadir, Timbalan Menteri MEDAC, YB Datuk Muslimin Yahaya; Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Rusli Jaafar; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah; Penaung Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok, Puan Sri Profesor Datuk Dr Aishah Salleh; Pengarah JPNS, Dato' Ahmad Fadzil Abd Majid; dan Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Amin Abdullah.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my