Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Ali Biju lancar Program Kelestarian Hari Esok TM
diterbitkan pada 16 July 2022

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Ali Biju telah melancarkan Program Kelestarian Hari Esok TM: Kempen Penanaman Pokok Sempena Penghijauan Malaysia di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong pada 16 Julai 2022.

Di bawah inisiatif ini, pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) menyasarkan untuk menanam 5,000 pokok hutan dan 120 pokok landskap di seluruh Malaysia pada dalam tahun ini. Pihak TM juga menyasarkan penanaman 21,000 pokok menjelang 2025 melalui 'Program 1 Pokok, 1 Pekerja TM'.

Ali Biju berkata program ini juga selaras dengan sasaran kedua Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (2016-2025) iaitu meningkatkan sumbangan dan menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam pemuliharaan dan pemeliharaan sumber biodiversiti.

Katanya sokongan yang ditunjukkan oleh pihak TM terhadap agenda penghijauan nasional ini sewajarnya menjadi pemangkin serta dicontohi oleh pihak lain.

Tambah beliau, inisiatif TM ini bukan sahaja memberi manfaat dan menyumbang kepada usaha kelestarian seperti pelepasan gas rumah kaca bersih sifar (net-zero greenhouse gas emission) seawal tahun 2050, tetapi juga dapat mempertingkat keseimbangan alam sekitar untuk jangka panjang demi kesejahteraan generasi akan datang.

Turut hadir, Pengerusi TM, Tan Sri Mohammed Azlan Hashim; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Dato' Ahmad Fadzil Abdul Majid; Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Ahmad Norhad Zahari; Pengarah Urusan TM, Imri Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Amin Abdullah; serta Pengarah Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Radhi Chu Abdullah; barisan pengurusan kanan Universiti Putra Malaysia serta Lembaga Pengarah serta dan pengurusan kanan TM.

Sebanyak 100 pokok hutan yang terdiri daripada pelbagai spesies seperti chengal (Neobalanocarpus heimii), merawan meranti (Hopea sulcata Sym ), keruing bulu (Dipterocarpus baudii), jelutong (Dyera costulata), keranji (Dialium indum) dan merbau (Intsia palembanica) telah ditanam pada majlis tersebut. Aktiviti penanaman melibatkan 30 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan TM.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my