Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Syarikat McCorry, JPS tanam pokok di HS Bukit Hampuan
diterbitkan pada 22 July 2022

Syarikat McCorry (M) Sdn. Bhd. telah menjalankan program penanaman pokok dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah pada 22 Julai 2022 di kawasan Hutan Simpan (HS) Bukit Hampuan, Ranau.

Acara yang diadakan bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini merupakan susulan dari program yang telah dimulakan oleh syarikat tersebut pada Disember 2021.

Sebanyak 72 anak pokok selangan batu (Shorea superba) dan kapur (Dryobalanops aromatica) berjaya ditanam dalam masa dua jam mulai 8.30 pagi oleh 10 warga kerja syarikat tersebut dengan bantuan kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Ranau.

Pada sebelah petang, program diteruskan di Dewan Masyarakat Ranau dengan aktiviti pendidikan alam sekitar, iaitu pembentangan bertajuk, 'Kepentingan Penanaman Pokok' yang disampaikan oleh Eunice Tai, Pengurus Sumber Manusia, Pentadbiran dan Kebudayaan McCorry.

Dalam ucapan ringkas Pengarah McCorrry, Jonas Israel, beliau berkata syarikat tersebut akan terus memberi sokongan dengan melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang.

Lebih kurang 100 orang terlibat dalam program ini dan mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, murid-murid sekolah serta orang awam.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my