Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Timberwell Berhad semarakkan kempen penanaman pokok
diterbitkan pada 14 July 2022

Syarikat Timberwell Berhad telah mengadakan program menanam pokok pada 14 Julai 2022 dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok untuk tempoh lima (5) tahun mulai 2021 sehingga 2025.

Program ini telah berlangsung di kawasan Hutan Simpan Lingkabau yang terletak di daerah kecil Paitan dan dijayakan oleh 150 peserta yang terdiri daripada para pelajar Universiti Malaysia Sabah, penduduk kampung berhampiran, warga syarikat Timberwell serta kakitangan JPS.

Turut hadir, Pegawai Perhutanan Wilayah Kudat, Zainuden Jimbun; Pegawai Perhutanan Daerah Kota Marudu, Idris Mustan; Pegawai Perhutanan Daerah Pitas, Norahmad Jumain; Pegawai Perhutanan Dearah Kudat, Rustum Mison; dan Pegawai Perhutanan Daerah Kota Belud, Zuridah @ Norfarizan Jeragan.

Acara penanaman dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Zainuden mengenai inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menganjurkan kempen tersebut dalam masa lima (5) tahun serta sasaran Sabah untuk menanam 40 juta pokok bagi tempoh tersebut.

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan meningkatkan litupan hijau negara serta memberi kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan hutan demi kelestarian fungsinya serta untuk kesejahteraan masyarakat.

Program seumpama ini yang melibatkan syarikat Timberwell bertujuan merangsang dan menyemarakkan lagi kempen penanaman ini sekaligus memberi 'signal' kepada syarikat-syarikat lain untuk meneruskan usaha serta melaksanakan pelan tahunan seperti yang telah termaktub dalam Annual Work Plan (AWP) mereka.

Sejumlah 1,000 pokok daripada spesies Eucalyptus pellita berjaya ditanam dengan harapan ianya dapat membantu pihak syarikat untuk mencapai sasaran tanaman yang ditetapkan.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my