Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, SEB, PPM Sarawak anjur program penanaman pokok bakau
diterbitkan pada 03 July 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Cawangan Sarawak telah mengadakan program penanaman di pesisir pantai Sejingkat Power Station, Kuching pada 3 Julai 2022.

Program 'Treasure the Mangroves: Sarawak Chapter' ini dijalankan sebagai sebahagian daripada aktiviti 'Mangrove appreciation Month' sempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa (International Day for the Conservation of Mangrove Ecosystem) yang disambut setiap tahun pada 26 Julai.

Seramai 150 peserta yang terlibat berjaya menanam 517 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan mereka terdiri daripada wakil-wakil JHS, SEB, ahli-ahli pengakap cawangan Sarawak serta delegasi pengakap dari Brunei dan Indonesia.

Program ini dilancarkan oleh Jack Liam, Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan) JHS; Mohammad Abdullah Ali, Pengurus Besar (Arang) SEB dan Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my