Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JAS Sabah adakan Program CEPA di Kg. Mansasoh
diterbitkan pada 25 June 2022

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah telah menganjurkan satu program Komunikasi, pendidikan dan kesedaran am (CEPA) pada 25 Jun 2022 lalu di Kg. Mansasoh, Daerah Kecil Kemabong, Tenom bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk kampung tentang pencegahan pembakaran terbuka bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Program Kesedaran Larang Pembakaran Terbuka ini dilancarkan John Rampai, Timbalan Pengarah JAS Sabah. Manakala, upacara penutupannya disempurnakan oleh YB Datuk Rubin Balang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi Kemabong.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut termasuk pembentangan isu-isu kebakaran hutan, pameran, cabutan tiket bertuah, demonstrasi pembuatan baja kompos serta aktiviti penanaman pokok sempena Program Penghijauan Malaysia. Sebanyak 20 pokok Eucalyptus (Eucalyptus pellita) telah ditanam semasa program ini.

Turut hadir, Mas Syazwan Masood, Pegawai Daerah Tenom; Zakariah Jamal, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong; Harry Ikok, Pegawai Perhutananan Daerah Tenom; Losimin Gunsugot, Pegawai Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Denake Bill, Pejabat Kesihatan Tenom, serta pemimipin-pemimpin masyarakat termpatan.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my