Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Syarikat POSCO-MKPC tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 02 July 2022

Seramai 40 peserta daripada Syarikat POSCO-MKPC Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong dengan penglibatan 40 warga kerjanya pada 2 Julai lalu.

Program yang bertemakan, 'Sayangi Hutan di FRIM' ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan POSCO-MKPC, Kim Jongjae dan turut hadir, Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM.

Sebanyak 40 anak pokok yang terdiri daripada balau laut (Shorea glauca), keruing (Dipterocarpus baudii), merawan meranti (Hopea sulcata), belian (Eusideroxylon zwageri), resak daun panjang (Vatica nitens), meranti kepong (Shorea ovalis), merbau (Intsia palembanica), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), Keladan (Dryobalanops oblongifolia) dan durian (Durio zibethinus) berjaya ditanam.

Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif syarikat dalam menyumbang kepada mengurangkan carbon footprint.

Aktiviti penanaman pokok ini dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Cawangan Pengurusan Hutan, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM bagi menggalakkan penglibatan pelbagai pihak dalam Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my