Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

YHM, JPNP, UMW, MNS lawat tapak penanaman pokok di Sg. Cherating
diterbitkan pada 28 June 2022

Yayasan Hijau Malaysia bersama pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, UMW dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah melawat tapak penanaman pokok paya bakau di Sg. Cherating, Pahang pada 28 Jun 2022.

Ini merupakan lokasi kedua tapak penanaman pokok paya bakau yang dilawati rombongan terlibat selepas mengadakan lawatan ke MNS EcoCare Centre Kertih, Terengganu pada 27 Jun 2022.

Lawatan berkenaan telah disertai oleh Bahagian Pengurusan Projek YHM diketuai Dr. Rafidah Rashid, Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat UMW diwakili Akhbar Puteh dan Mohd Reza Mohd Mokhtar, Pemilik Hafiz's Cherating Activities, Mohd Hafiz Abdul Majid, renjer hutan dan pengawas hutan.

Di Sg. Cherating ini, sebanyak 1,700 pokok paya bakau telah berjaya ditanam oleh pihak UMW dengan kerjasama MNS sejak tahun 2021.

Di bawah inisiatif Pucuk Hijau UMW, pihak Kumpulan UMW menyasarkan untuk menanam sebanyak 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia sehingga tahun 2024.

YHM sebagai rakan strategik UMW akan bekerjasama dengan syarikat yang terlibat dalam mencapai sasaran tersebut bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my